Friday

Bayangkan, 'tag' ini ada dalam kotak draf saya sudah setahun. Sebetulnya sorang kawan tag saya memlalui fb tapi kalu saya mau publish dalam fb tentu2 saya akan create fakta yang bagus2 saja tentang saya. Sudah semestinya tidak menepati syarat 'tag' ini yang mahu kita senaraikan 25 fakta 'tentang' diri kita secara rawak. Oleh sebab senaria ini sudah ada lama dalam kotak draf saya, jadi ada baiknya saya rewrite what i have listed before. fakta yang dah lapuk saya buang. so mari baca fakta yang saya sendiri boleh fikir dan tahu 'tentang' diri sendiri.
  1. Saya tahu saya takut kucing...bulu, gigi dan its claws mengerunkan saya.
  2. Saya tahu saya sangat suka minum kopi. Satu masa dulu saya hanya reti minum teh o' limau. Minuman yang dicampur dengan susu mmg tak dapat diterima oleh tekak dan perut saya.
  3. Saya tahu saya obsess dengan chocolate. Saya simpan chocolate dalam laci kat office, beg keje, beg study dan dalam pencil case. Akan rase miserable bila mulut rasa nak makan mende manis tapi takde dalam stock, sbb tu saya perlu standby - perlu ada bekalan di saat2 kecemasan.
  4. Saya tahu saya tak suka bergayut - telefon. Most of the time, I don't answer calls because I just don't want to. Yet, after the 'missed call' I will response to the caller by smses.
  5. Saya kerap terlupa untuk bawa telefon bimbit saya bila saya keluar rumah. Ini meyakinkan lagi fakta di no. 4.
  6. Saya fikir saya bukan anti-sosial tapi kehidupan saya berputar sekitar rumah, tempat keje dan kelas.
  7. Saya dah jarang-jarang baca surat khabar. HAlaman depan saja sudah cukup buat saya muak and somtimes it's too depressing! LAgipun berita yang dicanangkan itu belum tentu accurate.
  8. Saya juga fed-up with politicians. Period. Tak kira apa jua simbol dan warna bendera mereka. Tapi bila sampai masa untuk mengundi, iya, saya tetap harus menunaikan tanggungjawab saya.
  9. Saya selalu menyanyi bila memandu sendirian. Kalau kena dengan lagu, saya akan menari juga. and I don't give a hoot if people are watching.
  10. Saya tak suka diberitahu tentang perkara yang saya sudah sedia tahu berulang-ulang kali..
  11. Saya tidak seawal jam 9 mlm. Itu menjadikan saya tidur 8 jam setiap hari. Macam baby.
  12. Kalau saya mahu shopping, saya akan ke Mall seorang diri sbb sangat picky, tp jika untuk window shopping saya mahu ditemani.
  13. Saya akan baca buku sebelum tidur which end up tidur dalam bilik yang terang.
  14. Saya tidak pernah gosok baju ke pejabat pada waktu malam atau seminggu sebelum harinya. Iya, sangat berisiko kalau tiada elektrik. Bukan sebab malas (which sometimes -i do hahaha), cuma mood memilih bajuhanya akan timbul selepas mandi di subuh hari.
  15. Saya declare azam yang sama setiap tahun - untuk bersenam dan menjaga kesihatan. Hakikatnya, saya tidak pernah bersenam.
  16. Saya tidak suka memakai track-suit. Saya rasa seluar itu buat saya nampak gemook, jd rasanya kita boleh kembali kepada fakta di no. 15.
  17. Saya seriau dengan 'komitmen'.
  18. Saya bukan tak percayakan cinta, cuma I just don't know how to show it or may be we need to go bacn to the fact no. 17.
  19. Saya tak suka orang berlagak dan menunjuk-nunjuk. Macam Bagus!
  20. Saya rasa bald guys are simply hot. No further explanations for that. hahaha
  21. Saya selalu ada instinct yang kuat bila pertama kali jumpa orang. Kadang2 my first impression always right.
  22. Saya mahu senarai ini to be truly random, so i make sure it is done within 15 minutes. (susah jugak!).
  23. Saya sebenarnya susah amat nak fikir fakta-fakta di atas tanpa perlu fikir panjang.
  24. Saya juga mahu senarai ini bermula dengan perkataan 'saya', ermm rasanya hampir mencapai matlamat.
  25. Saya sepatutnya menggunakan hanya satu bahasa dalam setiap ayat..tapi kalau nak cari perkataan yang seseuai akan memakan masa yang melebihi target jadi saya biarkan saja.
Sekian. (tiga fakta terakhir hanya pelengkap senarai hahahah..dah tak leh pikir dah..penat weii). ok. Saya mahu tag ini turut di buat oleh nick, nkab, c-ah...korang kena buat ok.

Monday

Kembali

Tiga minggu sebelum menjelang tahun baru, hati terbuka untuk satu kelainan. Keluar dari biasa. Escape from the routine. Kaedahnya mau mengabaikan terus blog ini. Bila apa yang difikirkan, apa yang dilalui, apa yang dirasai rupanya dikongsi orang yang mengenali saya jadi hilang privasi. Walau sering dilihat sebagai seorang yang spontaneous, terlalu berterus-terang, terlalu terbuka bla bla bla…, yang sebetulnya saya mahu kekal misteri. Ironik kan?! Saya tidak mahu dinilai dan dihukum hanya melalui apa yang saya tulis. Tapi, angin yang entah dari mana bertiup ni tiba-tiba mengubah aura yang sedia ada. Saya yakin, saya tidak perlu peduli tentang apa yang kamu, kamu, dan kamu, iya juga kamu utk berfikir tentang prinsip dan diri saya. Kamu, kamu dan kamu boleh melabelkan saya apa-apa saja yang kamu suka. Ada yang cakap susah untuk mencari kejujuran dalam setiap penulisan. Pada saya, mengukur kejujuran itu sendiri adalah sesuatu yg kabur. Jadi, terserah… a_Jay – mungkin takut if certain people who are most unwelcome have actually found a way to my blog…

Saturday

kadangkala kita perlu melukakan hati sendiri sebelum membenarkan orang lain melukainya.

'selamat datang'

Friday

merepek pasal kawin

isu kawin selalu jadi topik yang seronok dibicarakan. cerita kawin menjadi sangat 'best' bermula dari saat persedian dibuat lagi. hal-hal tentang persediaan hantaran, tema warna, baju kawin, baju sanding bla..bla..bla..memang tak pernah tidak menjadi sangat menarik bagi bakal pengantin terutama pengantin perempuan. itu cerita bagi yg bujang. pada yang telah melangkah ke alam perkahwinan, isu yang lain pula jadi bualan. o saya bukan mahu memberi hint yg saya akan ke stage yg satu itu. tidak. saya cume makin kerap terfikir tentang hal yang satu ini. bukan...ya! juga bukan bermakna saya sangat 'terhingin' merasainya..tidak juga..semakin lame saya merasa sedikit jelak dgn isu kawin ni. bukan. saya bukan benci. saya juga bukan anti perkahwinan. jauh sekali menidakkan sunnah yang satu itu. nauzubillah.. cume semakin hari saya semakin diomokkan (ade ke perkataan tu?) dengan sisi 'gelap'nya. bile saya observe disekeliling saya perkahwinan tidak lagi digambarkan tentang yang indah semata-mata. tak tipu, memang ada pasangan yang bahagia, miliki keluarga yang sempurna. namun tanpa sedar saya cenderung ketemu pasangan yang huru hara (hehehehe). apa indahnya perkahwinan kalau sentiasa diserikan dengan pelempang dan sepak terajang? apa bahagianya perkahwinan kalau disulami dengan kecurangan?. dulu saya selalu ditakutkan dengan hal2 suami yang selalu menyimpan dan membahagikan hati miliknya kepada perempuan lain selain isteri yg sah. tidak ade perempuan normal yg sanggup berkongsi kasih sayang, walau dlm pertimbangan lelaki selagi mereka adil soal hati sangatlah enteng. tapi berapa ramai perempuan yang berani mengaku bahawa diluar sana semakin ramai isteri2 yang mula bermain cinta dibelakang perkahwinannya. menduakan suami dengan alasan mahu 'mengajar' suami yang telah menyakiti hatinya. o jgn cakap saya mereka-reka cerita ilusi kerana saya melihat sendiri menggunakan mata anugerah ALLAH ini dan berfikir dengan akal sihat saya. hal ini sangat jelas terjadi dihadapan saya. jadi apa alasan saya untuk terus percaya yang perkahwinan itu indah? secara jujur, saya masih ada contoh2 yg membolehkan saya menidakkan soalan bodoh saya itu. okay, saya mengaku..mungkin saya terlalu takut untuk melaluinya sendiri lalu mencipta alasan2 bodoh yang tidak sepatutnya itu. tapi bagaimana sebenarnya 'mereka' ini menilai erti perkahwinan itu sendiri??? dan ape sebenarnya yg buat saya mengarut ni???? bengong!

Thursday

tag dari Sunflower

1. Bekas kekasih saya adalah.. - ...sejarah! dah simpan dlm muzium... 2. Saya sedang mendengar.. - ...suara lecturer saya bercakap tentang perbezaan creole and pidgin... (hihihi saya blogging dlm class- sociolinguistics for language teacher...'saya gile'!) 3. Mungkin saya patut.. - ...memberi sepenuh tumpuan pada lecture hari ini...tapi saya sangat bosan, dan kawan di sebelah saya sudah selamat..tidur sampai ternganga - betul tak tipu! 4. Saya suka.. -…makan coklat, minum kopi dan baca buku - tapi kenapa saya tak pandai2? huhuhu 5. Sahabat – sahabat baik saya.. -…sangat sukar dicari ganti... 6. Saya tak faham.. -...kenapa la coklat sangat sedap...saya simpan coklat didlm laci office, dlm beg 'study' dan dlm handbag...tp officemate saya suka mintak coklat saya, sampaikan saya makan sembunyi2 huhuhu kedekoootttt...hahhaaha 7. Saya kehilangan.. -…ramai kawan baik saya lepas mereka berkahwin...eleh ingat korang je yg sibuk ngan anak2? hehehe - ayat dengki 8. Ramai yang berkata.. -...saya kurus...abis lemak yang berkilo2 kat perut ni sape punye?? huhuhu 9. Cinta itu adalah.. -...indah hanya bagi yang bertuah sahaja... 10. Di sesuatu tempat, seseorang sedang.. -...menangis kelaparan...oh kalaulah saya berkemampuan membantu...alangkah bermaknanya menjadi manusia! 11. Saya akan cuba.. -…to live life to the fullest!... 12. Ayat selamanya membawa maksud.. -...selamanya- bukan satu perkataan ke? 13. Telefon bimbit saya.. -…dulu saya ikat dengan getah tp bile saya tahu guna 'seletip' skrg ia kekal begitu...oh dan saya tak malu dgn hp buruk saya tu...dtg la hp yg canggih manggih tu dpn mata, saya tak heran hehehe bukan tak mampu, tapi saya old fashion..tak reti ngan aplikasi entah ape2 tuh. 14. Bila saya terjaga dari tidur.. -...tadah tangan dan berdoa..sangat bersyukur dipanjangkan umur... 15. Saya paling meluat apabila.. -...penyampai berita buletin utama di tv3 bercakap tentang politik - disgusting uweekkk... 16. Pesta/Parti adalah.. -…sangat happening bile semua org perasan ala2 di hollywood- geli..busuk mcm tahi! 17. Haiwan paling comel yang saya pernah temui adalah.. -…k.a.t.a.k - sbb tak berbulu dan berkuku... saya heran mcm mane nik cakap kucing tu comel?? 18. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya.. -…semua peringkat umur yg saya lalui sgt menarik dan menyeronokkan... 19. Hari ini.. -...saya berdosa dgn lecturer saya ..kwang..kwang...kwang... 20. Malam ini saya akan.. -…study dan revise topik hari ini hehehe kena cover balik... 21. Esok pula saya.. -…berjanji utk tidak blogging dr dlm kelas lg huhuhu 22. Saya betul2 inginkan.. -...soalan tag ni cepat habis..huhu penat la nk jwb... 23. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini.. -...saya senyum sbb hidung saya masih terletak di tempat yg sepatutnya... 24. Pusat membeli belah atau arked permainan.. -…both...(weii bile tag ni nk habis??) 25. Makanan Barat atau Jepun.. -…both...ala..lapor la plak... 26. Bilik yang gelap atau terang.. -...laa dah takde soalan lain ke?...gelap utk tido yg nyenyak..terang bile time exam n assignment tak siap..so both can do... 27. Makanan segera adalah.. -...mee maggi cepat dimasak, enak dimakan...hehehe menjawab soalan ke aku ni? 28. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang.. -...i dont give a damn... -sgt marah okay! 29. Siapa yang anda mahu tag?? -...kan dah penah cakap kwn2 saya tak perlu tahu ini blog saya..so tak leh tag sape2..(mekasih la nik sbb tag aku huhuhu penat aku nk menjawabnye)

entri 1 selepas meninggalkan julai

selamat bertemu ogos. a-Jay: bila la Dato' Ss nak berlembut hati untuk kembali membenarkan kuli2 dlm bangunan ini mem'blog'? a-jay: itu aje???

Monday

Search di awan biru - Part 2

  • Berbaloi-baloi – memang sesuai. Saya masuk stadium ngam2 kul9. Search naik stage kul9.30lbh…ok la, dah expect pun…mesti lambatnyer...
  • Sound ok + lighting ok + musician bombastic + Amy – energetic = Superb.
  • Yazid mula ketuk mende alah bulat tu saya dah mula menari melompat bagai (dlm versi sopan of course.) Teruja amat dengan ketukan yg bergegar tu. Saya tak paham ape kebende makne ‘gitar-goreng’ so I prefer drum.
  • Location saya cantik. Sedepa depan, sedepa belakang – clear. Takde mamat hensem yg merokok di kiri kanan. Selesa dan tak lemas. (setakat bau sikit2 tu biase le…bukan duk dlm masjlis ceramah yb pun…)
  • Takde group banging around. (Orang Terengganu memang bersopan…cayalah…)
  • Mamat sebelah kanan menjadi misteri sepanjang konsert. Dia menganggu konsentrasi saya. Saya amat2 curious tentang statusnya. Mahkluk apakah dia sebenarnya hehe…Serius, dari mula detik Amy buka mulut sampai konsert abis mamat ni macam takde emosi langsung, static jer dia berdiri sambil peluk tubuh selama lbh 2 jam tu… Adik saya cakap itu peminat fanatic yg sedang menjiwai – mungkin.
  • Saya pakai selipar jepun je (flip flop name glemer…) tapi awek sebelah kiri (berkepit dgn bf sepanjang2 konsert – ???) pakai high heels 4 inci – ok. Baru paham kenapa dia tak melompat, dia silap konsert. Agaknya dia ingat bf dia ajak gi dangdut hehe…
  • Ok, berbalik pada konsert. Saya tak tahu Amy nyanyi lagu apa masa opening. But he ends with ‘Pawana’. Masa dia ber’isabela’ saya cuma buat2 gerak bibir je sbb mmg tak igt lagu ni. Saya feeling habis waktu fantasia bulan madu. Lain2 lagu ; medley gadis misteri, gadisku, gadis ayu, isi dan kulit, setelah hujan,laila namamu teratas, pelesit kota, bencana, diari habil dan qabil (to name a few) = best giler. (Mana mentari merah di ufuk timur?)
  • Cuma takat best giler je la. Bila konsert abis tak tau mana silap rasa macam kurang something je. Kurang ‘kick’. Ngape eh?...
  • Ape2 pun thumbs UP utk Amy, Yazit, Nasir, Hillary dll. Great show!

a-Jay: mlm tu nmpk bf masa form 2 (kecik2 dh gatal..), segan nk tegur...adakah??